Monday 27 February 2017

Institusi Angkat Surau Al-Abrar

Bertepatan dengan nama Al-Abrar  yang diambil dari petikan Al-Quran, Surah Al-Infithar ayat 13 :-

“إن الأبرار لفي نعيم..”

(Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (Syurga yang penuh) kenikmatan), Surau Al-Abrar bekerjasama dengan Rumah Bakti Al Kausar, yang menempatkan anak-anak yatim serta miskin di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, menerusi program institusi angkat.

Melalui inisiatif ini, pihak surau menyumbangkan bantuan makanan basah berupa ayam, telur dan ikan setiap minggu hasil sumbangan pihak tertentu. Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban keperluan dan kewangan yang ditanggung oleh Rumah Bakti Al Kausar dan semoga Allah SWT memberkati para penyumbang yang bermurah hati membiayai program ini.






Bagi mereka yang berminat untuk serta menghulurkan sumbangan bolehlah terus ke rumah bakti tersebut atau menghubungi pentadbir yang bertanggungjawab:

RUMAH BAKTI AL KAUSAR
No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
Telefon : 03-89222016 / 03-87500016
Pegawai yang boleh dihubungi : Encik Ir. Haji Razali bin Haji Basri
012-6439879 / 019-9090888

No Akaun Maybank Islamic : 5628 3461 5590
(PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR)

atau Sumbangan cek atas nama: PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR

2 comments:

  1. Assalamualaikum, terima kasih kepada admin kerana menyiarkan post ini kerana sedikit sebanyak ia akan membantu memberi pengetahuan kepada masyarakat akan kesahihan rumah bakti ini & memberi peluang kepada orang ramai yang berhasrat untuk memberi bantuan.

    Cuma di sini saya ingin membuat pembetulan iaitu nombor telefon rumah bakti bukan 03-89222016 seperti yang tertera tetapi nombor yang betul adalah 03-89222061 manakala nombor 03-87500016 sudah tidak digunakan lagi. Harap maklum.

    ReplyDelete
  2. No. telefon Pengerusi juga terdapat sedikit kesilapan iaitu 012-6439878, bukan 0126439879 seperti yang tertera. Harap maklum.

    ReplyDelete