Monday 27 February 2017

Taqwim Aktiviti Surau Mac 2017

Berikut adalah Taqwim bagi kegiatan Surau Al-Abrar bagi bulan Mac 2017


Institusi Angkat Surau Al-Abrar

Bertepatan dengan nama Al-Abrar  yang diambil dari petikan Al-Quran, Surah Al-Infithar ayat 13 :-

“إن الأبرار لفي نعيم..”

(Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (Syurga yang penuh) kenikmatan), Surau Al-Abrar bekerjasama dengan Rumah Bakti Al Kausar, yang menempatkan anak-anak yatim serta miskin di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, menerusi program institusi angkat.

Melalui inisiatif ini, pihak surau menyumbangkan bantuan makanan basah berupa ayam, telur dan ikan setiap minggu hasil sumbangan pihak tertentu. Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban keperluan dan kewangan yang ditanggung oleh Rumah Bakti Al Kausar dan semoga Allah SWT memberkati para penyumbang yang bermurah hati membiayai program ini.






Bagi mereka yang berminat untuk serta menghulurkan sumbangan bolehlah terus ke rumah bakti tersebut atau menghubungi pentadbir yang bertanggungjawab:

RUMAH BAKTI AL KAUSAR
No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi.
Telefon : 03-89222016 / 03-87500016
Pegawai yang boleh dihubungi : Encik Ir. Haji Razali bin Haji Basri
012-6439879 / 019-9090888

No Akaun Maybank Islamic : 5628 3461 5590
(PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR)

atau Sumbangan cek atas nama: PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR

Kuliah Khas oleh YBhg Datuk Dr Hj Zahazan Mohamed

Alhamdulillah, pada 26 Februari 2017 pihak Surau Al Abrar telah berjaya menganjurkan kuliah khas yang disampaikan oleh YBhg Datuk Dr Hj Zahazan Mohamed.

Kuliah yang menekankan tentang sifat-sifat mereka yang dikasihi oleh Allah SWT mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari ahli qariah surau serta masyarakat setempat.

Berikut adalah antara gambar-gambar sepenjang majlis kuliah serta jamuan yang di adakan.